Isu berkaitan kerajaan dan ahli politik Isu dan kontroversi berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia

Kegagalan pengekangan kluster Sri Petaling ketika krisis politik

    Maklumat selanjutnya: Krisis politik Malaysia 2020

Perhimpunan Tabligh Sri Petaling berlaku selari dengan krisis domestik negara yang terbit daripada pengunduran Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 24 Februari, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan peletakan jawatan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad. Sebelum pembentukan kerajaan Perikatan Nasional yang baru di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac, Kementerian Kesihatan tidak mempunyai menteri selama lebih dari dua minggu sehingga pelantikan Adham Baba pada 10 Mac. Selama itu, hanya ada nasihat dari Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan pendedahan orang ramai.

Pada pertengahan April, Adham mengkritik pengurusan kerajaan PH terhadap kelompok Sri Petaling. Sebagai tindak balas, Dzulkefy mempertahankan persiapan kerajaan PH berkenaan COVID-19 dan mencadangkan agar Perdana Menteri Muhyiddin serta bekas Menteri Kementerian Dalam Negeri untuk bertanggungjawab atas wabak tersebut kerana pertemuan-pertemuan awam seperti Tabligh Jamaah adalah tertakluk kepada portfolionya.

Pengingkaran ahli politik terhadap norma baharu

Isu Mohd Khairuddin

Ketika pandemik COVID-19, Teresa Kok (Seputeh-PH) pada 18 Ogos 2020 telah membangkitkan di dalam Parlimen bahawa Dr. Khairuddin telah ke Turki atas urusan peribadi dan telah pulang ke Malaysia pada 7 Julai, dan pada 13 Julai, Dr. Khairuddin telah hadir ke Parlimen meskipun sepatutnya, berdasarkan undang-undang pencegahan COVID-19, Dr. Khairuddin perlu dikuarantin selama 14 hari. Dr. Khairuddin telah memohon maaf atas perlanggaran perintah tersebut, dan memulangkan gajinya sebanyak empat bulan terhadap Tabung Bantuan Bencana Negara sempena pandemik COVID-19.[1]

Oleh itu, pada 22 Ogos, pihak Kementerian Kesihatan telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap Dr. Khairuddin atas perlanggaran perintah kuarantin tersebut.[2] Meskipun begitu, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 hanya memperuntukkan Ketua Pengarah dan penjawat-penjawat awam (dalam hal ini, pihak Kementerian Kesihatan) untuk memberi kompaun sehingga nilai RM1,000, dan pihak polis sedang meneruskan siasatan tentang perlanggaran ini.[3][4][5] Kontroversi ini mendorong pihak kerajaan untuk mencadang untuk meminda semula akta tersebut.[4] Menjelang 21 Oktober, pihak berkuasa mengesahkan bahawa Khairuddin tidak dikenakan sebarang tindakan lanjut memandangkan Khairuddin tidak menerima sebarang arahan supaya berkuarantin selepas kepulangannya.[6]

Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat serta ahli-ahli politik pembangkang dan kerajaan[7] disebabkan oleh hukuman yang dikatakan berat sebelah terhadap seorang menteri, dengan perbandingan antara hukuman ini dengan hukuman yang diterima oleh golongan rakyat yang menerima denda yang lebih berat banyak diutarakan.[3][8] Para penganalisis politik menyatakan bahawa pelepasan Mohd Khairuddin daripada sebarang tindakan dengan jelas menggambarkan ketidakadilan kedaulatan perundangan kepada golongan elit dengan rakyat, dan disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan status Mohd Khairuddin sebagai ahli politik PAS.[9]

Persepsi dan kehilangan kepercayaan rakyat kepada kerajaan

Penampakan ahli politik yang dilihat tidak endahkan pandemik COVID-19 menyebabkan kehilangan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan ahli-ahli politik Malaysia secara amnya. Tagar seperti #RakyatJagaRakyat, sebuah versi alternatif kepada tagar #KitaJagaKita yang disokong oleh kerajaan menjadi tular yang memperlihatkan ketidakpercayaan kalangan rakyat Malaysia kepada pihak kerajaan yang dikatakan sambalewa dalam pengurusan pandemik COVID-19 dan seterusnya membahayakan nyawa rakyat secara amnya.[10] Selain itu, tindakan protes tidak langsung di dunia nyata juga dilakukan sesetengah pihak.[11][12]

Rujukan

WikiPedia: Isu dan kontroversi berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia http://enotifikasi.moh.gov.my/DMS/Documentation/CD... https://coconuts.co/kl/news/fck-politics-banner-in... https://coconuts.co/kl/news/politicianspuncavirus-... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siswaja... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/10/03... https://www.reuters.com/article/facebook-malaysia-...